Friday, November 25, 2011

backdated story...

salam...
cerita agak basi,cerita balik kampung lagi.saja nak share aktiviti kami sepanjang di kampung.

ni aktiviti saya..melayan diri makan laksa dan cendol sepanjang kat kedah.gara-gara membaca di forum cari.com,terpaksa en suami bawa saya ke sana sini cari kedai jual laksa yang yummy...

ini aktiviti hero kecil saya.pagi-pagi dah bangun dan main kat luar rumah.gabungan dia dan anak saudara saya,ku zara memang padan.jenuh kami bertempik,kalau tak,seharian tak mandi.

bila tak main di luar,kayuh pula basikal dalam rumah.ni pula sepupu saya,zarith aulia.boleh tahan juga la lasaknya.habis satu rumah depa pusing.

korek tanah memang acara favourite.penat dok memberus baju hero ni bila acara ni tamat.tak pa,balik kl payah nak cari tanah untuk dikorek..

ni aktiviti kami sekeluarga.naik bot pusing tasik darul aman.pertama kali haziq naik n dia excited sangat.nanti balik kampung kita naik lagi ye.

saja letak gambar ni.hero kecil saya ni suka benar tangkap gambar sambil tunjuk gigi ala model colgate..hehe..nasib baik gigi elok.
ok..sampai sini dulu...

No comments: