Monday, February 28, 2011

dunia oh dunia...

Restoran jual aiskrim susu wanita


LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.

Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

"Saya ketawa (apabila melihat iklan itu)," katanya.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak.

salam..
haha~lawak betul bila baca tajuk berita dlm kosmo 28/3 nie.ada juga idea mcm nie.tp klau baca n difikirkan secara positif,semua ibu2 kat malaysia patut menyusukan anak mereka.ye la,klau dh negeri omputeh pun hargai susu ibu,apa lagi kita kt malaysia.kat malaysia nie,terbalik plk,susu formula lebih diagungkan.mana2 pergi semua ada,hatta kat kedai runcit kt kampung2.
SUSU IBU ADALAH TERBAIK BAGI ANAK MANUSIA..

Friday, February 18, 2011

sibukkah saya?

salam..
haha~mcm pelik je tajuk n3 saya kan?bukan apa,februari kali nie memang bulan xcukup rehat bagi saya.bekerja sabtu n ahad,berkursus pn sabtu n ahad.itu belum ditambah dgn hari2 kerja biasa, seminggu ada dlm sekali dua saya blk lewat.
penat?mmg ada tp saya xboleh merungut sgt sebab saya yg buat pilihan agar jadualnya begitu.kerja hingga lewat mlm agar saya dpt duit xtra dr gaji,utk anak saya,berkursus agar saya dpt tuntut ilmu utk bantu mereka yg perlukan pertolongan saya...
disebabkan itu,saya kena bahagikan masa dgn anak saya.blk kerja sebolehnya saya cuba layan dia(walaupn kdg2 saya naik angin sebab dia nak perhatian lebih,so terjadilah 'mengada2' dia tu).saya sedang n masih mencuba utk atur masa sebaik mungkin dgn dia.
letih n penat,selepas ini jd no 2 sbb yg ptg adalah anak2 kita.so langkah pertama ialah tidurkan anak dgn cara bercerita (saya lebih suka bgtau dia mengapa saya blk lewat n nasihat2) n dodoikan anak dgn lagu rekaan sendiri utk tjkkan yg kita sayangkan mereka.

Wednesday, February 16, 2011

susu oh susu

salam...

"terus terang,saya tidak faham jika ada segelintir wanita yg mberi alasan bdepan dgn masalah utk menyusus badan kerana sudah ada pelbagai peralatan utk kemudahan ibu menyusu bayi mereka"-dynas mokhtar-harian metro 16 feb '11.

bila baca kata2 dynas(artis fav saya),saya rasa amat bangga.at least dia sbgai public figure menyokong penyusuan ibu.bkn apa,ibu2 zaman moden sekarang ada yg lebih terbuka mindanya dgn kebaikan susu ibu,tp ada juga segelintir yg memandang penyusuan ibu adalah benda remeh.

personally,saya amat menyokong penyusuan ibu.bkn sbb saya staff kkm,tetapi saya adalah seorang ibu.byk kelebihan susu ibu berbanding susu formula.saya xbanned ibu yg mggunakan fm,ttpi pilihan di tangan anda.mesti anda mahu yg terbaik utk anak yg anda kandung selama 9 bulan tu kan.so,tepuk dada,tanya diri anda sendiri..


Tuesday, February 15, 2011

hari cuti saya..

salam...
hari nie saya betul2 cuti.dh berapa minggu asyik kerja sabtu n ahad,so arinie,public holiday saya bercuti.kami x kemana2,hanya ada di rumah.cucur jagung utk breakfast,then masak ayam cendawan bersos tiram utk lunch.
sehari melayan haziq mmg agak memenatkan,tp xpa,bkn selalu mcm nie.tengah hari saya bawa dia ke giant utk beli ayam n sayur.oh glamournya anak teruna saya,cashier kat giant pn kenal dia.ari2 mak ngah bwk dia ke sana,bila mama yang bawa mmg terkedu la bila org mula tegur dia.nak blk dicium tangan pakcik guard giant,itu rutin hariannya bila nak kluar dr giant.(ohh...bangganya mama).xabis kat situ bila di medan selera,dapat plak sup daging free sbb mak cik yg berniaga disitu kenal dia.
smpai rumah,dia dh mula sibuk 'membantu' saya di dapur.sibuk dia ambil kerusi sbb nak tgk saya siang ayam di sinki.n dia mmg membantu dr awal smpai saya siap masak.
malam,lepas maghrib lagi dia dh tidur.mungkin bosan sbb papanya ke surau utk sembahyang n ceramah maulidur rasul.n saya pn meneruskan aktiviti cuti dgn berfb n update blog sblum zzzz...esok kita kerja..

Monday, February 14, 2011

salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...
lama rasanya saya xupdate blog.rasanya bukan lg setakat bersawang,agaknya klau rumah dh senget sebelah sbb tiangnya dh punah.saya sibuk berupdate status kt fb je.kemaruk.tiba2 malam nie rasa rindu nak menulis di blog yg telah lama saya tinggalkan.saya bermula di sini,jd biar saya kembali ke asalnya.(mode:syahdu syahdan)

apapun permulaan bg benda yg telah lama saya tinggal...selamat menyambut Maulidur Rasul.semoga permulaan ini bkn yg terakhir n menjadi permulaan kembali yg terbaik bg saya..

saya nak berkongsi satu quote yg bg saya amat mendalam dan berkesan utk tatapan semua..

"Mulia seorang manusia adalah kerana iman dan agamanya,bukan bangsa @ kedudukannya.tanpa pegangan agama yg kukuh,manusia sama ada lelaki @ perempuan, melayu @ sebaliknya pasti akan hanyut dlm kehidupan lalai dan menyesatkan"-Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj