Monday, February 28, 2011

dunia oh dunia...

Restoran jual aiskrim susu wanita


LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.

Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

"Saya ketawa (apabila melihat iklan itu)," katanya.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak.

salam..
haha~lawak betul bila baca tajuk berita dlm kosmo 28/3 nie.ada juga idea mcm nie.tp klau baca n difikirkan secara positif,semua ibu2 kat malaysia patut menyusukan anak mereka.ye la,klau dh negeri omputeh pun hargai susu ibu,apa lagi kita kt malaysia.kat malaysia nie,terbalik plk,susu formula lebih diagungkan.mana2 pergi semua ada,hatta kat kedai runcit kt kampung2.
SUSU IBU ADALAH TERBAIK BAGI ANAK MANUSIA..

2 comments:

muslimfrombanten said...

ada ada saja nih
jadi penasaran gimana rasanya
hehe

Nur Salwa said...

salam perkenalan..

saya bf mom jugakkk.. bleh kiter kongsi2 ilmu..

jemput ke blog saya.. sedikit perkongsian info ttg susuibu, makanan tambahan untuk ibu menyusu dan kesihatan badan..