Sunday, November 27, 2011

lagi-lagi botol air...??

salam....
hari ni saya macam penganalisa novel pula.novel kanak-kanak ini adalah buah tangan sulung pn nora herni,salah seorang teman rapat saya dalam dunia susuibu.saya dah pun membacanya dan telah selamat dipos ke kedah untuk bacaan anak buah saya pula.menarik juga ceritanya,berkisarkan tentang budak perempuan bernama iman mawaddah(semperna nama anak sulung beliau) yang sangat obses mengumpul botol air.kalau nak tahu lebih lanjut,dapatkannya di pasaran.memang recommended ok...

ni pula kisah asyraaf haziq yang mamanya pula suka kumpul botol air.untuk anak juga kan.hehe~setakat ni yang diguna ialah 11 botol,untuk botol air dalam peti sejuk,untuk dibawa ke rumah baby sitter n bawa jalan2.

tapi yang paling disayangi oleh haziq of course la karakter kesukaannya cars.memang inilah yang kerap diulang pakai.after this kita beli lagi.hehe~

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah...


salam...
cepat sungguh masa berlalu.dah masuk tahun baru hijrah 1433 kan.'persefahaman asas perpaduan ummah' semoga tahun baru hijrah ni membawa perubahan kepada kita semua.terharu saya bila selepas maghrib tadi menerima sms dari boss saya yang mengucapkan selamat tahun baru.boss saya adalah seorang india tapi atas dasar perpaduanlah dia bagi ucapan pada saya.tq boss,sebab tu saya betul hormatkan boss..
pada kawan-kawan,saya sekeluarga nak ucapkan salam maal hijrah 1433.azam tahun baru anda???

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Friday, November 25, 2011

backdated story...

salam...
cerita agak basi,cerita balik kampung lagi.saja nak share aktiviti kami sepanjang di kampung.

ni aktiviti saya..melayan diri makan laksa dan cendol sepanjang kat kedah.gara-gara membaca di forum cari.com,terpaksa en suami bawa saya ke sana sini cari kedai jual laksa yang yummy...

ini aktiviti hero kecil saya.pagi-pagi dah bangun dan main kat luar rumah.gabungan dia dan anak saudara saya,ku zara memang padan.jenuh kami bertempik,kalau tak,seharian tak mandi.

bila tak main di luar,kayuh pula basikal dalam rumah.ni pula sepupu saya,zarith aulia.boleh tahan juga la lasaknya.habis satu rumah depa pusing.

korek tanah memang acara favourite.penat dok memberus baju hero ni bila acara ni tamat.tak pa,balik kl payah nak cari tanah untuk dikorek..

ni aktiviti kami sekeluarga.naik bot pusing tasik darul aman.pertama kali haziq naik n dia excited sangat.nanti balik kampung kita naik lagi ye.

saja letak gambar ni.hero kecil saya ni suka benar tangkap gambar sambil tunjuk gigi ala model colgate..hehe..nasib baik gigi elok.
ok..sampai sini dulu...

Thursday, November 24, 2011

selamat pengantin baru....

salam...
haha~jangan tertipu dengan gambar ini.ini pengantin lama ye.gedik kan laki bini ni naik tangkap gambar atas pelamin.sila muntah hijau...
ni pengantin barunya.saya sekeluarga nak ucapkan selamat pengantin baru kepada adik ipar saya,norhamiza n pasangannya khairul.selamat menempuh dunia baru,selamat menjalani kehidupan berumahtangga,selamat menimang cahayamata..(series ayat ni kak tujukan k)..
ni hero kecil yang kami letak tepi masa bersanding tadi..suka dia bila tengok kami atas pelamin.'mama n papa kawin ye'..huhu..ye la sayang.sebab tu hero busuk masam manja ni ada.i luv u...
ok,ini je entry kali ni.lepas nie saya update cerita kami kat kampung ye..

Thursday, November 17, 2011

perjalanan balik kampung...

salam...
Alhamdullillah, kami dah selamat sampai di jitra..bestnya dapat balik kampung.saya upload gambar kami sepanjang perjalanan balik kampung..
kami bertolak pukul 7.30am..huhu..awal la konon tapi bila dah sepanjang perjalanan asyik berhenti,jadi lambat selambatnya perjalanan kami..

persinggahan pertama kami adalah di petronas sungai besar.kami ikut jalan kampung melalui kuala selangor,tanjung karang,sekinchan dan bila sampai petronas sungai besar kami berhenti rehat.pandai owner ni decorate petronas ni siap ada buaian n tempat berehat lagi.nyaman je,tak da rasa kami kat stesen minyak.

tengah hari kami berhenti kat teluk intan untuk lunch.ingatnya nak bawa haziq naik menara condong teluk intan,tapi tutup pula untuk selenggara.tangkap gambar pun jadi la..

bila sampai ipoh,papa nak menggamit kenangan kat tempat dia training dulu.tak nak hampakan dia,tempat jatuh lagi dikenang,ini pula tempat kena training..haha..ni la institut latihan tentera udara,tempat tentera udara dilatih.dulu dikenali sebagai sekolah tentera udara.sekolah?patut le tukar,xsesuwei tua-tua masuk sekolah..

lepas tu kami singgah area kerian untuk makan durian.baik pakcik dan makcik yang jual durian ni.tak mahal dia bagi harga pada kami.best sangat makan durian kampung yang baru luruh,tengok si opek ni tengah menjamu selera..nyum-nyum..
kami sambung perjalanan sampai le kami tersangkut dalam jammed yang teruk area nak ke parit buntar.ada accident rupanya,tapi lupa plak nak snap lori yang teruk tu.at last kami decided ikut highway balik sebab dah terlalu lama perjalanan kami.bayangkan pukul 9pm baru kami sampai di jitra.letih amat..
k,nanti saya update gambar kami kat kampung pula ye..

Tuesday, November 15, 2011

yeay yeay balik kampung...

salam...



yeay...esok pagi kami bertolak balik kampung.bestnya.cadangnya kami akan ikut jalan biasa,bukan highway seperti selalu.bukan apa,nak merasa pulak jalan kampung.kalau naik highway asyik pemandangan sama je.so hopefully semuanya ok.
malam ni saya paksa haziq tidur awal.hero saya ni dah berhari-hari sibuk nak balik kampung.nak raya katanya.maklumlah raya haji kami di sini.lagipun dia rindu makngah sangat dah tu.bestnya kalau balik kampung semua nak bawak dia ke sana sini,jalan-jalan.jadi saya boleh relaks.hehe..
kawan-kawan doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat ye.InsyaAllah berkesempatan saya akan update blog dengan cerita dari kampung.salam sayang dari kami sekeluarga..

Monday, November 14, 2011

persediaan pra balik kampung

salam...
hari rabu ni kami akan balik kampung.lama rasanya tak balik kampung,al-maklum la raya haji pun saya tak balik sebab kena bertugas.kali ni kami akan balik selama seminggu,bercuti dan attend majlis perkahwinan SIL saya.
basuh baju-done.lipat baju-done.layan mulut hero yang makin banyak nak tahu itu ini-in progress..hehe..penat.apa lagi hero ni dok bersenang lenang menempek di belakang saya waktu hapdet blog.got to go..

opss...saya perasan iklan nuffnang kat wall ni ada iklan fm.alamak...sorry kawan-kawan,saya pro bf tapi tah macam mana ada la plak iklan ni...

Sunday, November 13, 2011

ini ciku@sawa@kiwi malaysia..


salam....
lately, saya amatlah suka makan buah ciku.pembawakan..hehe..teringat pula signboard kedai buah yang selalu saya singgah...ciku a.k.a kiwi malaysia..kalau kat utara kami panggil buah ni buah sawa.macam mana dapat nama saya tak pasti,sebab tidaklah nampak macam ular sawa pula.
saya beli buah ni dengan harga rm4.oo sekilo.murah sangat berbanding kat gerai yang jual buah potong.maunya 2 ke 3 ketul rm1.dalam 2 hari dah saya habiskan sekilo buah tu.kupas dan letakkan dalam peti sejuk..hasilnya...mengenyangkan..nyum..nyum...
sedikit info pemakanan yang saya dapat dari laman web ini


Kandungan Unit/100 g bybm
Tenaga 82 kcalories
Air 79.1 %
Protin 0.4 g
Lemak 0.8 g
Kabohidrat 18.4 g
Serat 0.9 g
Kalsium 16 mg
Fosforus 4 g
Besi (Fe) 21 mg
Kalium 31 mg
Karotin 130 mg
RE 22 mg
Vitamin B1 0.01 mg
Vitamin B2 0.06 mg
Niacin 2.8 mg
Vitamin C 6.5 mg


Saturday, November 12, 2011

kembali berblogging...

salam...
azam 11.11.11, saya nak cuba aktif berblogging (macam le sebelum nie saya blogger tegar).bukan apa, rindu pula nak menulis.ok tunggu update baru dari saya.