Thursday, November 17, 2011

perjalanan balik kampung...

salam...
Alhamdullillah, kami dah selamat sampai di jitra..bestnya dapat balik kampung.saya upload gambar kami sepanjang perjalanan balik kampung..
kami bertolak pukul 7.30am..huhu..awal la konon tapi bila dah sepanjang perjalanan asyik berhenti,jadi lambat selambatnya perjalanan kami..

persinggahan pertama kami adalah di petronas sungai besar.kami ikut jalan kampung melalui kuala selangor,tanjung karang,sekinchan dan bila sampai petronas sungai besar kami berhenti rehat.pandai owner ni decorate petronas ni siap ada buaian n tempat berehat lagi.nyaman je,tak da rasa kami kat stesen minyak.

tengah hari kami berhenti kat teluk intan untuk lunch.ingatnya nak bawa haziq naik menara condong teluk intan,tapi tutup pula untuk selenggara.tangkap gambar pun jadi la..

bila sampai ipoh,papa nak menggamit kenangan kat tempat dia training dulu.tak nak hampakan dia,tempat jatuh lagi dikenang,ini pula tempat kena training..haha..ni la institut latihan tentera udara,tempat tentera udara dilatih.dulu dikenali sebagai sekolah tentera udara.sekolah?patut le tukar,xsesuwei tua-tua masuk sekolah..

lepas tu kami singgah area kerian untuk makan durian.baik pakcik dan makcik yang jual durian ni.tak mahal dia bagi harga pada kami.best sangat makan durian kampung yang baru luruh,tengok si opek ni tengah menjamu selera..nyum-nyum..
kami sambung perjalanan sampai le kami tersangkut dalam jammed yang teruk area nak ke parit buntar.ada accident rupanya,tapi lupa plak nak snap lori yang teruk tu.at last kami decided ikut highway balik sebab dah terlalu lama perjalanan kami.bayangkan pukul 9pm baru kami sampai di jitra.letih amat..
k,nanti saya update gambar kami kat kampung pula ye..

No comments: