Sunday, November 27, 2011

lagi-lagi botol air...??

salam....
hari ni saya macam penganalisa novel pula.novel kanak-kanak ini adalah buah tangan sulung pn nora herni,salah seorang teman rapat saya dalam dunia susuibu.saya dah pun membacanya dan telah selamat dipos ke kedah untuk bacaan anak buah saya pula.menarik juga ceritanya,berkisarkan tentang budak perempuan bernama iman mawaddah(semperna nama anak sulung beliau) yang sangat obses mengumpul botol air.kalau nak tahu lebih lanjut,dapatkannya di pasaran.memang recommended ok...

ni pula kisah asyraaf haziq yang mamanya pula suka kumpul botol air.untuk anak juga kan.hehe~setakat ni yang diguna ialah 11 botol,untuk botol air dalam peti sejuk,untuk dibawa ke rumah baby sitter n bawa jalan2.

tapi yang paling disayangi oleh haziq of course la karakter kesukaannya cars.memang inilah yang kerap diulang pakai.after this kita beli lagi.hehe~

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah...


salam...
cepat sungguh masa berlalu.dah masuk tahun baru hijrah 1433 kan.'persefahaman asas perpaduan ummah' semoga tahun baru hijrah ni membawa perubahan kepada kita semua.terharu saya bila selepas maghrib tadi menerima sms dari boss saya yang mengucapkan selamat tahun baru.boss saya adalah seorang india tapi atas dasar perpaduanlah dia bagi ucapan pada saya.tq boss,sebab tu saya betul hormatkan boss..
pada kawan-kawan,saya sekeluarga nak ucapkan salam maal hijrah 1433.azam tahun baru anda???

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Friday, November 25, 2011

backdated story...

salam...
cerita agak basi,cerita balik kampung lagi.saja nak share aktiviti kami sepanjang di kampung.

ni aktiviti saya..melayan diri makan laksa dan cendol sepanjang kat kedah.gara-gara membaca di forum cari.com,terpaksa en suami bawa saya ke sana sini cari kedai jual laksa yang yummy...

ini aktiviti hero kecil saya.pagi-pagi dah bangun dan main kat luar rumah.gabungan dia dan anak saudara saya,ku zara memang padan.jenuh kami bertempik,kalau tak,seharian tak mandi.

bila tak main di luar,kayuh pula basikal dalam rumah.ni pula sepupu saya,zarith aulia.boleh tahan juga la lasaknya.habis satu rumah depa pusing.

korek tanah memang acara favourite.penat dok memberus baju hero ni bila acara ni tamat.tak pa,balik kl payah nak cari tanah untuk dikorek..

ni aktiviti kami sekeluarga.naik bot pusing tasik darul aman.pertama kali haziq naik n dia excited sangat.nanti balik kampung kita naik lagi ye.

saja letak gambar ni.hero kecil saya ni suka benar tangkap gambar sambil tunjuk gigi ala model colgate..hehe..nasib baik gigi elok.
ok..sampai sini dulu...

Thursday, November 24, 2011

selamat pengantin baru....

salam...
haha~jangan tertipu dengan gambar ini.ini pengantin lama ye.gedik kan laki bini ni naik tangkap gambar atas pelamin.sila muntah hijau...
ni pengantin barunya.saya sekeluarga nak ucapkan selamat pengantin baru kepada adik ipar saya,norhamiza n pasangannya khairul.selamat menempuh dunia baru,selamat menjalani kehidupan berumahtangga,selamat menimang cahayamata..(series ayat ni kak tujukan k)..
ni hero kecil yang kami letak tepi masa bersanding tadi..suka dia bila tengok kami atas pelamin.'mama n papa kawin ye'..huhu..ye la sayang.sebab tu hero busuk masam manja ni ada.i luv u...
ok,ini je entry kali ni.lepas nie saya update cerita kami kat kampung ye..

Thursday, November 17, 2011

perjalanan balik kampung...

salam...
Alhamdullillah, kami dah selamat sampai di jitra..bestnya dapat balik kampung.saya upload gambar kami sepanjang perjalanan balik kampung..
kami bertolak pukul 7.30am..huhu..awal la konon tapi bila dah sepanjang perjalanan asyik berhenti,jadi lambat selambatnya perjalanan kami..

persinggahan pertama kami adalah di petronas sungai besar.kami ikut jalan kampung melalui kuala selangor,tanjung karang,sekinchan dan bila sampai petronas sungai besar kami berhenti rehat.pandai owner ni decorate petronas ni siap ada buaian n tempat berehat lagi.nyaman je,tak da rasa kami kat stesen minyak.

tengah hari kami berhenti kat teluk intan untuk lunch.ingatnya nak bawa haziq naik menara condong teluk intan,tapi tutup pula untuk selenggara.tangkap gambar pun jadi la..

bila sampai ipoh,papa nak menggamit kenangan kat tempat dia training dulu.tak nak hampakan dia,tempat jatuh lagi dikenang,ini pula tempat kena training..haha..ni la institut latihan tentera udara,tempat tentera udara dilatih.dulu dikenali sebagai sekolah tentera udara.sekolah?patut le tukar,xsesuwei tua-tua masuk sekolah..

lepas tu kami singgah area kerian untuk makan durian.baik pakcik dan makcik yang jual durian ni.tak mahal dia bagi harga pada kami.best sangat makan durian kampung yang baru luruh,tengok si opek ni tengah menjamu selera..nyum-nyum..
kami sambung perjalanan sampai le kami tersangkut dalam jammed yang teruk area nak ke parit buntar.ada accident rupanya,tapi lupa plak nak snap lori yang teruk tu.at last kami decided ikut highway balik sebab dah terlalu lama perjalanan kami.bayangkan pukul 9pm baru kami sampai di jitra.letih amat..
k,nanti saya update gambar kami kat kampung pula ye..

Tuesday, November 15, 2011

yeay yeay balik kampung...

salam...



yeay...esok pagi kami bertolak balik kampung.bestnya.cadangnya kami akan ikut jalan biasa,bukan highway seperti selalu.bukan apa,nak merasa pulak jalan kampung.kalau naik highway asyik pemandangan sama je.so hopefully semuanya ok.
malam ni saya paksa haziq tidur awal.hero saya ni dah berhari-hari sibuk nak balik kampung.nak raya katanya.maklumlah raya haji kami di sini.lagipun dia rindu makngah sangat dah tu.bestnya kalau balik kampung semua nak bawak dia ke sana sini,jalan-jalan.jadi saya boleh relaks.hehe..
kawan-kawan doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat ye.InsyaAllah berkesempatan saya akan update blog dengan cerita dari kampung.salam sayang dari kami sekeluarga..

Monday, November 14, 2011

persediaan pra balik kampung

salam...
hari rabu ni kami akan balik kampung.lama rasanya tak balik kampung,al-maklum la raya haji pun saya tak balik sebab kena bertugas.kali ni kami akan balik selama seminggu,bercuti dan attend majlis perkahwinan SIL saya.
basuh baju-done.lipat baju-done.layan mulut hero yang makin banyak nak tahu itu ini-in progress..hehe..penat.apa lagi hero ni dok bersenang lenang menempek di belakang saya waktu hapdet blog.got to go..

opss...saya perasan iklan nuffnang kat wall ni ada iklan fm.alamak...sorry kawan-kawan,saya pro bf tapi tah macam mana ada la plak iklan ni...

Sunday, November 13, 2011

ini ciku@sawa@kiwi malaysia..


salam....
lately, saya amatlah suka makan buah ciku.pembawakan..hehe..teringat pula signboard kedai buah yang selalu saya singgah...ciku a.k.a kiwi malaysia..kalau kat utara kami panggil buah ni buah sawa.macam mana dapat nama saya tak pasti,sebab tidaklah nampak macam ular sawa pula.
saya beli buah ni dengan harga rm4.oo sekilo.murah sangat berbanding kat gerai yang jual buah potong.maunya 2 ke 3 ketul rm1.dalam 2 hari dah saya habiskan sekilo buah tu.kupas dan letakkan dalam peti sejuk..hasilnya...mengenyangkan..nyum..nyum...
sedikit info pemakanan yang saya dapat dari laman web ini


Kandungan Unit/100 g bybm
Tenaga 82 kcalories
Air 79.1 %
Protin 0.4 g
Lemak 0.8 g
Kabohidrat 18.4 g
Serat 0.9 g
Kalsium 16 mg
Fosforus 4 g
Besi (Fe) 21 mg
Kalium 31 mg
Karotin 130 mg
RE 22 mg
Vitamin B1 0.01 mg
Vitamin B2 0.06 mg
Niacin 2.8 mg
Vitamin C 6.5 mg


Saturday, November 12, 2011

kembali berblogging...

salam...
azam 11.11.11, saya nak cuba aktif berblogging (macam le sebelum nie saya blogger tegar).bukan apa, rindu pula nak menulis.ok tunggu update baru dari saya.

Sunday, July 10, 2011

testing...

Salam...



Dia mana ada usaha,dia situ ada kejayaan.tapi gambar ni tidak ada Kena mengena dengan pepatah tu hokehh...akak dah boleh upload gambar.sukanya..abaikan muka berjerawat saya dan lidah en haziq ye.lepas ni ada banyak lagi gambar akan diupload.

Nota kaki:artikel ditulis ketika menunggu en suami yang ke uptown.kesian dia,kami tak nak teman.

Saturday, July 9, 2011

saya budak baru belajar..

salam....
hehe..entry sakit kepala,sakit hati.saya tengah cuba upload gambar nak post dalam blog through iconia ni tapi still tak berjaya.susah juga pakai android ni.saat ini saya rindu laptop saya yang dihantar untuk diformat semula.memang adat manusia kan.suka yang baru tetapi bila timbul problem mula teringat kembali yang lama.
ok,sesiapa yang boleh bantu saya amat dialu-alukan.saya kan baru belajar.

nota kaki:macam mana la "hero-hero" perhimpunan patriot dan bersih tadi agaknya kan.dengar kata ada gelombang ke dua.hmm...rasanya boleh dikatakan kebanyakkannya melayu bukan.renung-renungkan,selamat beramal...

Friday, July 8, 2011

BERSIH yg xberapa bersih...

Salam...
Selama ini saya amat sukakan bersih tp kali ini serius saya amat tidak setuju dengan BERSIH..pada saya buat apa bersih sedangkan hati kotor,terbeban dgn terlalu byk agenda tidak puas hati.buat apa demonstrasi sedangkan kita dalam negara demokrasi,serahkan memorandum,petisyen cukuplah.buat apa pakai kuning,nak mencabar kedaulatan negara...
Wah...saya dah macam Ahli politik plak.saya tidak memihak pada mana-mana parti sebab saya nak undi saya adalah rahsia.tapi saya xsuka demonstrasi Yang merugikan semua pihak.lagipun xpasal2 encik suami terpaksa standby takut darurat.
Please,jangan siasat saya sebab artikel ni..
DIGI,tukar orang kuning anda ke warna lain,purple pn best..hehe..

Monday, July 4, 2011

i like....

Assalam....
Wah,lamanya xjgk blog.asyik fb jer tu pn jrg jgk..entry ini ditulis sbb janji saya pada en suami,nk rajin update blog.sebabnya saya dah dapat idaman hati.iconia tab 500.terima kasih en suami sebab sudi habiskan duit akc pada saya.hadiah anniversary kot.hehe.saya masih dalam fasa belajar,susah juga nak guna android ni.jadi tak dapat nak upload gambar benda alah ni.so rajin2 le sesapa nak lihat benda ni google search ye...

Monday, February 28, 2011

dunia oh dunia...

Restoran jual aiskrim susu wanita


LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.

Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

"Saya ketawa (apabila melihat iklan itu)," katanya.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak.

salam..
haha~lawak betul bila baca tajuk berita dlm kosmo 28/3 nie.ada juga idea mcm nie.tp klau baca n difikirkan secara positif,semua ibu2 kat malaysia patut menyusukan anak mereka.ye la,klau dh negeri omputeh pun hargai susu ibu,apa lagi kita kt malaysia.kat malaysia nie,terbalik plk,susu formula lebih diagungkan.mana2 pergi semua ada,hatta kat kedai runcit kt kampung2.
SUSU IBU ADALAH TERBAIK BAGI ANAK MANUSIA..

Friday, February 18, 2011

sibukkah saya?

salam..
haha~mcm pelik je tajuk n3 saya kan?bukan apa,februari kali nie memang bulan xcukup rehat bagi saya.bekerja sabtu n ahad,berkursus pn sabtu n ahad.itu belum ditambah dgn hari2 kerja biasa, seminggu ada dlm sekali dua saya blk lewat.
penat?mmg ada tp saya xboleh merungut sgt sebab saya yg buat pilihan agar jadualnya begitu.kerja hingga lewat mlm agar saya dpt duit xtra dr gaji,utk anak saya,berkursus agar saya dpt tuntut ilmu utk bantu mereka yg perlukan pertolongan saya...
disebabkan itu,saya kena bahagikan masa dgn anak saya.blk kerja sebolehnya saya cuba layan dia(walaupn kdg2 saya naik angin sebab dia nak perhatian lebih,so terjadilah 'mengada2' dia tu).saya sedang n masih mencuba utk atur masa sebaik mungkin dgn dia.
letih n penat,selepas ini jd no 2 sbb yg ptg adalah anak2 kita.so langkah pertama ialah tidurkan anak dgn cara bercerita (saya lebih suka bgtau dia mengapa saya blk lewat n nasihat2) n dodoikan anak dgn lagu rekaan sendiri utk tjkkan yg kita sayangkan mereka.

Wednesday, February 16, 2011

susu oh susu

salam...

"terus terang,saya tidak faham jika ada segelintir wanita yg mberi alasan bdepan dgn masalah utk menyusus badan kerana sudah ada pelbagai peralatan utk kemudahan ibu menyusu bayi mereka"-dynas mokhtar-harian metro 16 feb '11.

bila baca kata2 dynas(artis fav saya),saya rasa amat bangga.at least dia sbgai public figure menyokong penyusuan ibu.bkn apa,ibu2 zaman moden sekarang ada yg lebih terbuka mindanya dgn kebaikan susu ibu,tp ada juga segelintir yg memandang penyusuan ibu adalah benda remeh.

personally,saya amat menyokong penyusuan ibu.bkn sbb saya staff kkm,tetapi saya adalah seorang ibu.byk kelebihan susu ibu berbanding susu formula.saya xbanned ibu yg mggunakan fm,ttpi pilihan di tangan anda.mesti anda mahu yg terbaik utk anak yg anda kandung selama 9 bulan tu kan.so,tepuk dada,tanya diri anda sendiri..


Tuesday, February 15, 2011

hari cuti saya..

salam...
hari nie saya betul2 cuti.dh berapa minggu asyik kerja sabtu n ahad,so arinie,public holiday saya bercuti.kami x kemana2,hanya ada di rumah.cucur jagung utk breakfast,then masak ayam cendawan bersos tiram utk lunch.
sehari melayan haziq mmg agak memenatkan,tp xpa,bkn selalu mcm nie.tengah hari saya bawa dia ke giant utk beli ayam n sayur.oh glamournya anak teruna saya,cashier kat giant pn kenal dia.ari2 mak ngah bwk dia ke sana,bila mama yang bawa mmg terkedu la bila org mula tegur dia.nak blk dicium tangan pakcik guard giant,itu rutin hariannya bila nak kluar dr giant.(ohh...bangganya mama).xabis kat situ bila di medan selera,dapat plak sup daging free sbb mak cik yg berniaga disitu kenal dia.
smpai rumah,dia dh mula sibuk 'membantu' saya di dapur.sibuk dia ambil kerusi sbb nak tgk saya siang ayam di sinki.n dia mmg membantu dr awal smpai saya siap masak.
malam,lepas maghrib lagi dia dh tidur.mungkin bosan sbb papanya ke surau utk sembahyang n ceramah maulidur rasul.n saya pn meneruskan aktiviti cuti dgn berfb n update blog sblum zzzz...esok kita kerja..

Monday, February 14, 2011

salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...
lama rasanya saya xupdate blog.rasanya bukan lg setakat bersawang,agaknya klau rumah dh senget sebelah sbb tiangnya dh punah.saya sibuk berupdate status kt fb je.kemaruk.tiba2 malam nie rasa rindu nak menulis di blog yg telah lama saya tinggalkan.saya bermula di sini,jd biar saya kembali ke asalnya.(mode:syahdu syahdan)

apapun permulaan bg benda yg telah lama saya tinggal...selamat menyambut Maulidur Rasul.semoga permulaan ini bkn yg terakhir n menjadi permulaan kembali yg terbaik bg saya..

saya nak berkongsi satu quote yg bg saya amat mendalam dan berkesan utk tatapan semua..

"Mulia seorang manusia adalah kerana iman dan agamanya,bukan bangsa @ kedudukannya.tanpa pegangan agama yg kukuh,manusia sama ada lelaki @ perempuan, melayu @ sebaliknya pasti akan hanyut dlm kehidupan lalai dan menyesatkan"-Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj